Khamis, 3 Jun 2010

PENYERTAAN MURID SK DON BOSCO DALAM MAJLIS KHATAM IQRA’ PERINGKAT DAERAH RANAU BAGI TAHUN 2010

LAPORAN PENYERTAAN MURID SK DON BOSCO DALAM MAJLIS KHATAM IQRA’ PERINGKAT DAERAH RANAU BAGI TAHUN 2010
01. Tarikh : 24 APRIL 2010
02. Hari : Sabtu
03. Tempat : Masjid Daerah Ranau
04. Penganjur : Unit Pendidikan Islam, PPD Ranau bersama PGPI (SR) daerah Ranau.
05. Perasmi : En. Rusining Bin Rusidi Pegawai Pelajaran Daerah Ranau. (Pada hari majlis ini berlangsung perasmian telah dibuat oleh wakil PPD iaitu Ustaz Wamin bin Sakiman Ketua Unit Pendidikan Islam Daerah Ranau. )
06. Senarai nama guru pengiring dan peserta ;
6.1 Guru pengiring : 1. Ust. Mohamad Razi Bin Hj. Zulkifli
6.2 Peserta : 1. Muhammad Arif Amzar Bin Mohamad Razi
07. Gambaran ketika majlis berlangsung:
Majlis ini telah dapat berjalan dengan lancar. Secara kebetulan pada tarikh yang sama Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Dr. Haji Muhidin Bin Yusin telah menghadiri satu majlis yang lain di Ranau. Oleh itu, beliau telah sempat di awal majlis ini berlangsung hadir untuk melihat perjalanan majlis dan memberi sedikit amanat. Kebetulan juga pada waktu yang sama Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNS Ustaz Idrus Bin Abdul Rahman juga ada majlis yang perlu dirasmikan di Ranau. Beliau juga telah berkesempatan untuk menghadiri pada akhir majlis ini.
Majlis ini telah ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Sekian.

Dilaporkan oleh,

(MOHAMAD RAZI BIN ZULKIFLI)
Guru Pengiring.


1 ulasan: