Sebenarnya terlalu banyak amalan yang boleh membawa darjat yang tinggi dan utama. Dalam bahasa yang mudah, melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya sudah tentu mendapat kedudukan yang mulia apatah lagi ditambah dengan ibadah-ibadah sunat.
Abu Lait berkata:
Jenis-jenis amalan yang dapat membawa manusia ke darjat orang baik dan tinggi iaitu:
i. Banyak bersedekah.
ii. Sentiasa membaca al Qur,an.
iii. Bersama dengan orang yang mengingati akhirat.
iv. Menghubungkan silaturrahim.
v. Menziarahi orang sakit.
vi. Sedikit bergaul dengan orang kaya yang lupa akhirat.
vii. Banyak berfikir tentang kesudahannya.
viii. Diam dan sedikit bicara.
ix. Tawaduk. (tunduk kepada Allah yang hak)
(Zulkifli Mohamad Al Bakri,(2009). Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi anda tiada tempat
untuk bertanya…. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan